aku termalu!

sempena nak raya ni, aku nak cite la sikit pasal aku termalu.. merujuk pekara di atas memang tajuk dia aku termalu pon kan..
kejadian ni baru je berlaku..tahun ni gak.. ianya berlaku pada 6 sept 2009.. masa puasa ni la..

masa tu aku teman kan kawan aku gi beli baju raya.. nama dia kiran.. and aku cuma panggil dia yan je.. mula2 kitorang gi kat kajang.. tapi dia ni cerewet sikit.. cam pempuan nak shopping bra pon ada cerewet dia ni.. gi kat kajang tengok la kat metro plaza..dia beli baju je masa tu.. seluar dia tak beli lagi.. sebab tak de yg berkenan di hati katanya..macam la dia nan buat awek seluar yg dia nak beli tu..yg ada dia suka pon cekik darah gila.. nak je aku cekik2 peniaga yg mencekik darah itu..

pas tu bila dah tak de yg dia berkenan tu kitorang pegi mines pulak.. selamat naik moto dia.. kalo tak malas gak aku nak pergi..
dah sampai kat mines tu,pusing punya pusing,tak de jugak yg dia suka.. aku tak tau la apa yg dia nak sebenarnya..
pas tu kitorang patah balik gi kajang.. tapi kali ni gi kat metro point pulak.. aku cakap la kat dia.. "ko beli kat bazar depan KFC ni je la.." memang ada bazar kat situ.. bukan bazar jual kuih-muih untuk buka puasa tu..tapi kain dan baju2 saja..kuih raya pon ada gak.. tapi tak banyak.. kalo nak tau lebih lanjut datang la kat kajang ni.. macam2 ada..

si kiran ni pon dengar la cakap aku.. so kitorang pon pegi la kat bazar yg dimaksudkan aku tadi tu.. sampai je kat situ kiran nampak 1 kedai yg jual seluar dan baju.. dia terus je menuju ke sana tanpa memikirkan masa depan.. aku pon follow je la.. sampai je kat situ kiran cakap.. "ni smart gak kan..??" ermm.. aku tak minat sangat ngan seluar tu.. "boleh la.." aku cakap cam tu untuk tak nak mengecilkan hati nya yg sememangnya kecik tu..pas tu aku ternampak 1 seluar yg agak smart bagi aku.. pastu aku terus je suruh budak kiran tu ambik yg tu.. "weyh..ni smart gak.. amik r.." tapi malang nye dia tak suka.."tak nak la.." jawab dia selamber.. pas tu dia terus je mintak kat abang yg jaga kat situ saiz dia..maknanya dia nak amik gak seluar yg dia nak tadi tu.. aku still tak puas hati lagi.. so aku membebel la kat ia.."yg ni smart la..amik r do.. ko ni tak de test la..seluar ni dah kecik bawah dah..ko tak yah nak anta kedai dah pas ni.." biasa la.. budak sekarang mesti nak yg kecik bawah..aku still paksa dia suruh amik seluar tu gak.. tiba2 je aku dengar satu suara asing yg berbunyi cam ni.."tu seluar pempuan dik.."si kiran dah tergelak-gelak dah.. masa tu aku tak dengar sangat.. aku nak la kepastian kan.."haa??" aku tanya ngan muka pelik.. abang tu cakap lagi sekali.."tu seluar pemuan dik.." aku nak cover malu punya pasal aku terus gelakkan diri sendiri..hahaha..
abang tu pon sengal gak..aku dah paksa gila2 si kiran tu baru dia nak tegur.. saja nak bagi aku malu la tu..

apa2 pon aku nak ucapkan;

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

sori la kiran.. aku paksa2 ko beli seluar pempuan..tu la ko,cerewet sangat.. haha..

2 ulasan:

  1. asl r abg peniaga kacau line g gtau yg 2 sluar pompuan...
    kalau x yan dh pkai sluar pompuan dh skg...
    hahaha..
    padan muke yan...

    BalasPadam
  2. x sangke abg iqwan taste nyer cam pompuan...
    hihihi..
    lain kali abg leh teman sye g bli sluar pompuan..
    jgn mrah..

    BalasPadam